Tuesday, 3 September 2013

Russia hantar kapal perisik ke perairan Syria

MOSCOW, ISNIN, 02 September, 2013: Russia hari ini dilaporkan sudah menghantar kapal perisikannya dari angkatan tentera lautnya di Laut Hitam ke perairan Syria.

Laporan dari Moscow menyebut ia susulan negara Barat sedang menimbang untuk menyerang Syria berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia oleh Damsyik.

"Kapal periskan SSV-201 Priazovye dikatakan memulakan pelayaran petang semalam ke sebuah wilayah yang dipilih oleh angkatan tenera di timur Mediterranean,” kata sumber tentera kepada agensi berita Interfax.


“Anak kapal mempunyai misi...mengumpul maklumat operasi di wilayah yang dalam konflik," kata laporan itu. - AFP/BH



No comments:

Post a Comment