My Add

Thursday, 5 September 2013

Serangan seksual, warga AS dipenjara di Singapura

SINGAPURA, KHAMIS, 05 September, 2013: Seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan atas kesalahan melakukan siri serangan seksual terhadap golongan wanita di beberapa hostel pelancong, di sini semalam.

Michael Sylvester Williams Jr., 24, didakwa mencabul dan menceroboh masuk ke dalam bilik penginapan lima pelancong wanita antara April dan Jun tahun ini.

Hakim Daerah, Eddy Tham berkata, hukuman tersebut setimpal dengan perbuatan Williams.

Seorang daripada mangsa yang merupakan wanita warga China mendedahkan bahawa dia berjaya menangkap Williams yang merakam gambarnya ketika mandi menggunakan telefon bimbit. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment