Oleh ANGELINA SINYANG
SHAH ALAM, RABU, 04 September, 2013: Langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras salah guna kuasa dan penyelewengan dilihat telus apabila agensi itu tidak 'memilih bulu' dalam melakukan siasatan dan tangkapan.
Ini terbukti apabila suruhanjaya itu turut memerangi gejala rasuah yang berlaku dalam mana-mana jabatan kerajaan termasuk pasukan keselamatan.
Terbaharu, SPRM menahan tiga individu termasuk dua pegawai tentera bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan penerimaan wang berjumlah hampir RM1 juta bagi sebuah projek perolehan kerajaan.
Ketiga-tiga individu yang ditahan itu berusia lingkungan 40-an hingga 50-an dan salah seorang daripadanya merupakan pegawai kanan dalam pasukan tentera manakala seorang lagi ahli perniagaan.
Pegawai kanan tentera berusia 50-an yang ditahan merupakan pegawai perubatan yang berkhidmat di sebuah hospital tentera di ibu negara.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang ditahan dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini untuk direman kira-kira pukul 9.30 pagi ini.
Beliau berkata, siasatan dilakukan oleh SPRM mendapati suspek menerima suapan mencecah hampir RM1 juta bagi projek pembekalan barangan bagi hospital berkenaan.
"Perbuatan menerima rasuah itu dikesan bukanlah pertama kali berlaku tetapi disyaki sudah beberapa kali secara bersindiket.
"Pegawai perubatan yang ditahan oleh SPRM itu disyaki menyalah gunakan kuasanya dalam satu urusan pembekalan barangan bagi kegunaan sebuah hospital," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Menurut sumber, wang diterima itu disyaki sebagai upah untuk pegawai perubatan berkenaan memperakukan pembekalan palsu yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta terhadap hospital berkenaan.
Beliau berkata, pegawai kanan terbabit ditangkap petang semalam di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.
Katanya, suspek bersama dua lagi individu yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Maahad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga individu termasuk dua pegawai tentera terbabit untuk siasatan tetapi enggan mengulas lanjut kes tersebut. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment