Tentera Mesir robohkan rumah, bina zon penampan
KAHERAH, ISNIN, 02 September, 2013: Tentera Mesir telah merobohkan 13 buah rumah disepanjang sempadan Semenanjung Gaza bertujuan untuk membina zon penampan bagi mengurangkan penyeludupan senjata dan kemasukan anggota militan secara haram .
Pegawai Kerajaan Sinai Utara berkata, tentera membayangkan kewujudan zon penampan tanpa sebarang pokok sejauh 500 meter lebar dan 10 kilometer panjang bermula di sempadan Rafah.
"Pihak tentera turut merobohkan rumah-rumah yang mempunya terowong bawah tanah sejak 10 hari lalu dalam usaha melaksanakan idea tersebut, kata pegawai. - AGENSI/UTUSAN
No comments:
Post a Comment