Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, KHAMIS, 03 Oktober, 2013: Seramai 765 pelabur gagal menuntut semula hasil wang pelaburan dalam skim 'Ponzi' yang telah dibekukan oleh kerajaan mencecah RM8.3 juta, selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk David Wong Dak Wah.
Hakim Abdul Aziz ketika membacakan keputusan menyatakan, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi gagal membuat penilaian yang betul terhadap bukti keterangan yang dikemukakan.
Kuorum berkenaan berpendapat, pihak pelabur (responden) gagal memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 61(4) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
Sehubungan itu, panel tersebut mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan mereka menuntut semula hasil pelaburan berkenaan yang dikendalikan oleh syarikat FX Capital Consultant (M) Sdn. Bhd.
Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandis dari BNM dan Susheel Kaur dari SC mewakili pihak pendakwaan manakala pelabur-pelabur diwakili peguam Md. Yunos Shariff.
Skim itu yang aktif sekitar tahun 2007 dan 2008 menarik perhatian seramai 4,000 pelabur dengan wang pelaburan keseluruhannya berjumlah RM100 juta.
Skim tersebut dijanjikan pulangan lumayan dan dikendalikan oleh pengarah syarikat niaga hadapan itu, Raja Noor Asma Raja Harun, 51.
Raja Noor Asma telah dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta selepas mengaku bersalah terhadap 54 pertuduhan melaksanakan skim menipu pelabur dan bertindak sebagai broker niaga hadapan tanpa lesen serta melakukan aktiviti pengubahan wang haram.
Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah (kini Pesuruhjaya Kehakiman) turut memerintahkan sejumlah RM8 juta yang diperoleh daripada wanita itu melalui skim berkenaan dirampas, selain sejumlah RM7,528,250.29 lagi dikenakan sebagai penalti atau enam bulan penjara jika gagal membuat pembayaran. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment