Felda Global Ventures kekal dasar dividen minimum 50%
KUALA LUMPUR, KHAM IS, 03 Oktober, 2013: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan mengekalkan dan mematuhi dasar dividennya pada nisbah pembayaran minimum 50 peratus keuntungan bersihnya.
"Kami komited untuk memastikan ada nilai pegangan saham seperti yang ternyata melalui nisbah pembayaran dasar dividen yang tinggi sebanyak 50 peratus," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Emir Mavani Abdullah, dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012, FGV membayar dividen keseluruhan sebanyak 14 sen sesaham.
Pembayaran dividen itu adalah bersamaan 64 peratus keuntungan selepas cukai, iaitu lebih tinggi daripada pembayaran sebanyak 50 peratus yang dijanjikan dalam prospektus yang dikeluarkan semasa tawaran awam awal FGV tahun lepas.
"Sebagai sebuah entiti tersenarai, FGV mempunyai dasar dividen bagi faedah pemegang-pemegang sahamnya," tegas Mohd Emir. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment