My Add

Friday, 4 October 2013

Guan Aik tetap enggan lepas jawatan

ALOR SETAR, KHAMIS, 03 Oktober, 20122: Kemelut DAP Kedah seakan-akan tiada penghujung apabila bekas Pengerusinya, Lee Guan Aik hari ini sekali lagi menegaskan tidak akan melepaskan jawatan itu kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Kata Guan Aik, beliau tidak akan berbuat demikian selagi Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengeluarkan apa-apa surat untuk mengesahkan pelantikan tersebut.

Tambahnya, pelantikan Zairil sebagai pengerusi sementara oleh parti itu pada Jun lalu adalah tidak sah kerana tidak mematuhi prosedur perlembagaan parti.

"Saya masih akan menjalankan tugas sebagai Pengerusi DAP Kedah dan tidak akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Zairil selagi belum menerima apa-apa maklum balas daripada ROS.

"Dua bulan lalu saya telah hantar surat kepada ROS minta mereka siasat dan hari ini saya akan hantar surat kedua kepada ROS untuk menggesa mereka segera siasat perkara yang berlaku di DAP Kedah.

"Sehingga hari ini semua ahli DAP Kedah masih keliru, saya adalah Pengerusi DAP Kedah yang sah dilantik pada 2008 dan kini sudah berlaku krisis kepercayaan di dalam DAP apabila perkara ini wujud," katanya kepada pemberita di pejabat DAP Kedah di sini hari ini.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada DAP Kedah mungkin boleh berlaku kepada DAP di negeri lain dan pihaknya tidak mahu melihat perkara yang sama berulang kembali.

"Saya ingin beri nasihat kepada pemimpin tertentu jangan guna kuasa sesuka hati tanpa mengikut perlembagaan parti, ini satu perkara yang sangat tak bertanggungjawab.

"Kalau kita ada perlembagaan, kita kena hormat, kalau kita tidak mahu hormat perlembagaan kita lebih baik buang sahaja.

"Tak suka mereka boleh pancung, boleh buang, suka boleh ambil balik macam tak ada apa hal berlaku," jelasnya.

Tambahnya, segala tugas yang beliau lakukan sebagai Pengerusi DAP Kedah juga tidak dibuat kerana wang tetapi kerana sayangkan parti itu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment