Friday, 4 October 2013

Johor catat FDI RM7 bilion

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU , KHAmis, 03 Okt.ober,2013: Johor telah berjaya mencatat jumlah pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM7 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, mengatasi jumlah pelaburan RM5.5 bilion yang diperoleh sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, peningkatan pencapaian itu adalah ekoran daripada pelbagai kemudahan yang disediakan kepada pelabur selain pembangunan pesat di Iskandar Malaysia.

"Johor kini berada pada kedudukan teratas bagi jumlah kemasukan pelaburan asing dengan sektor pembangunan hartanah, pelancongan dan pendidikan menjadi pemacu kepada peningkatan pelaburan berkenaan.

"Enam bulan pertama sahaja kita telah mencatatkan FDI sebanyak RM7 bilion dan jumlah itu mengatasi FDI sepanjang tahun lalu yang hanya mencatatkan sebanyak RM5.5 bilion.

"Ini membuktikan pelabur asing semakin yakin untuk melabur di negeri ini," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Semula Muzium Persatuan Kwong Siew Wai Kuan di Jalan Siu Nam, di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Presiden Persatuan Kwong Siew Wai Kuan, Cheng Chean Chiang. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment