![]() |
*MUSTAPA Mohamed bertukar dokumen dengan Menteri Perdagangan Republik China, Gao Hucheng (kiri) sambil diperhatikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Republik China, Xi Jinping pada Persidangan Ekonomi Malaysia-China di Kuala Lumpur, semalam. |
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sasaran berkenaan hanya lima peratus daripada jumlah pelaburan yang diunjur dari China dalam masa lima tahun akan datang.
"China menjadi sumber penting pelaburan di dunia berbanding Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Asia Barat.
"Ia dijangka membelanjakan AS$500 bilion (RM960 bilion) bagi pelaburan luar dalam masa lima tahun akan datang yang berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion) setahun.
"Jika Malaysia boleh mendapat lima peratus daripada jumlah itu pada AS$5 bilion (RM16 bilion) setahun, akan menjadi suatu yang baik. Ini merupakan potensi yang perlu diteroka oleh kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China di sini hari ini.
Selain itu, Mustapa berkata, Malaysia juga bersedia untuk menarik lima peratus atau empat juta daripada 80 juta pelancong China ke Malaysia berbanding satu juta pelancong sekarang ini.
Sementara itu, beliau berkata, pusingan ketiga rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) antara ASEAN dan enam rakan dialog, termasuk China, akan diadakan di sini pada Januari.
RCEP, dijangka dimuktamadkan pada 2015, telah membincangkan perkara-perkara seperti kastam, kemudahan perdagangan, logistik, hak harta intelek serta penyelesaian pertikaian, yang dilihat sebagai isu-isu penting antara negara-negara anggota Asean dan rakan dialog, kata Mustapa.
"China juga mengkaji beberapa isu-isu yang dibincangkan semasa rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang mempunyai persamaan dengan RCEP dan boleh dibawa kepada rundingan," katanya, sambil menambah bahawa China tidak menunjukkan minat untuk menyertai TPP.— BERNAMA

No comments:
Post a Comment