Friday, 4 October 2013

Norish berhak terima 30% nilai tiga kereta mewah

Oleh MARZITA ABDULLAH

* NORISH Karman bercakap kepada pemberita selepas mahkamah memutuskan pelakon itu berhak menerima 30 peratus daripada nilai tiga buah kereta mewah dalam kes tuntutan harta sepencarian ke atas bekas suaminya, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini. Hadir sama peguam beliau, Amli Embong. - UTUSAN
SHAH ALAM, JUMAAT, 04 Oktober, 2013 Setelah empat tahun perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan pelakon itu berhak menerima 30 peratus nilai tiga daripada lima kereta mewah yang dituntutnya.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Hussain bagaimanapun menolak tuntutan pelakon itu terhadap tiga buah rumah termasuk sebuah banglo di Bangi dan pegangan saham di tiga syarikat yang bernilai lebih RM3 juta setelah mendapati tuntutan itu fasik dan rosak mengikut hukum syarak. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment