My Add

Friday, 4 October 2013

Obama tidak hadiri sidang kemuncak APEC di Bali

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA, JUMAAT, 04 Oktober, 2013: Selepas membatalkan lawatan ke Malaysia, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama juga mengesahkan beliau tidak akan hadir pada Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2013 yang akan berlangsung di Nusa Dua, Bali minggu depan.

Perkara itu disampaikan Obama kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menerusi panggilan telefon awal pagi ini.

Menurut jurucakap Presiden Indonesia bagi Hubungan Antarabangsa, Teuku Faizasyah, dalam perbualan dengan Susilo, Obama menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat menghadiri sidang kemuncak APEC ekoran krisis dalaman AS yang menyebabkan penutupan separuh operasi pentadbiran kerajaan negara itu.

Berikutan pembatalan kunjungan ini, Obama telah mewakilkan Setiausaha Negara AS, John Kerry untuk mewakilinya ke APEC.

"Presiden Susilo sedia maklum bahawa pembatalan kehadiran Obama dalam APEC adalah kerana beliau harus mengikuti perkembangan situasi di Amerika Syarikat pada masa ini," kata Faizasyah dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment