PDRM sedia SOP di bawah rang undang-undang baharu - KPN
Oleh NORAZRIN MARZUKI
PUTRAJAYA, KHAMIS, 03 Oktober, 2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang diluluskan kabinet malam tadi.
"Kami bersedia untuk bertindak dan menjalankan penguatkuasaan di bawah undang-undang baharu setelah akta diluluskan malam tadi digazetkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pameran industri keselamatan di Pusat Konvensyen Putrajaya di sini hari ini.
Beliau berkata, dengan kelulusan melaksanakan akta baharu tersebut, polis akan bergerak lebih pantas dalam mengatasi isu-isu jenayah. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment