Friday, 4 October 2013

Pekerja, penuntut asing guna i-Kad mulai 15 Nov.

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Oktober, 2013: Berkuat kuasa 15 November ini, Kementerian Dalam Negeri akan menguatkuasakan penggunaan i-Kad kepada pekerja dan penuntut asing bagi membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Perkara itu dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan arahan itu, semalam.

Malah katanya, arahan tersebut disahkan dalam Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) yang bermesyuarat di Parlimen baru-baru ini.

"Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen untuk mengeluarkan suatu pengenalan diri bagi seluruh pekerja asing di ini.

"i-Kad akan meletakkan beberapa ciri keselamatan bagi kegunaan pegawai-pegawai dan anggota penguatkuasa menentukan kesahihan pekerja asing. Antara elemen keselamatan itu adalah biometrik dan kod bar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Tafsir ar-Rahman dan lawatan kerja ke ibu pejabat Percetakan Nasional (M) Bhd. (PNMB) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment