My Add

Thursday, 3 October 2013

'Perlu senjata kuat perangi jenayah berat'

 
KUALA LUMPUR, RABU, 02 Oktober, 2013: Kerajaan memerlukan satu senjata yang kuatseperti Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 bagi memerangi jenayah berat dan terancang.

Rozman Isli (BN-Labuan) berkata, masyarakat perlu sedar penjenayah berorganisasi yang sinonim dengan nama yakuza, mafia dan pelbagai nama termasuk di Malaysia mempunyai kekuatan mereka sendiri dan itu amat menakutkan.

Beliau berkata, kekuatan mereka itu tidak boleh dipandang rendah apatah lagi kumpulan-kumpulan seperti itu mempunyai kekuatan dari segi ekonomi hasil daripada kegiatan pengedaran serta penyeludupan dadah, pelacuran, penyeludupan manusia, perjudian, pengubahan wang haram dan pinjaman wang.

"Sebenarnya kerosakan yang dibawa oleh kumpulan-kumpulan ini terhadap rakyat dan negara amat dahsyat. Mereka ini bukan musuh luar tetapi merupakan musuh dari dalam yang terpaksa dihadapi oleh pihak berkuasa.

"Mereka juga ada kekuatan ekonomi hasil penguasaan ke atas underground economy. Mereka sanggup berperang menggunakan apa jua jenis senjata termasuk senjata-senjata haram," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) membahaskan rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Abdul Azeez ketika membahaskan rang undang-undang tersebut menegaskan, langkah kerajaan memperkenalkan rang undang-undang itu bukan berlandaskan kepada apa-apa kepentingan sebaliknya untuk membela rakyat.

"Negara amat memerlukan undang-undang seperti ini supaya usaha pencegahan dapat dilakukan sebelum sesuatu jenayah itu berlaku," ujarnya.

Dalam pada itu, Dewan Rakyat gamat apabila Abdul Azeez dan G. Manivannan (PKR-Kapar) bertikam lidah dalam isu mengembalikan abu Chin Peng dan jenazah pengganas Kiram ke tempat asal mereka dalam bahasa Tamil.

Aksi spontan kedua-dua ahli Parlimen itu benar-benar mencuit hati kesemua ahli Parlimen termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Bagaimana saya hendak buat ruling (keputusan) sedangkan saya tidak faham," kata Pandikar Amin.

Akhirnya, Abdul Azeez secara berseloroh berkata, beliau akan teruskan perbahasan den - UTUSANgan bahasa Melayu kerana tidak mahu menjadikan Parlimen Malaysia seperti Parlimen New Delhi. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment