![]() |
*DZULKIFLI Fadzilah (kiri) dan Zabidah Ismail beramah mesra dengan penerima zakat, Hamina Awang yang berkerusi roda pada majlis penyerahan zakat perniagaan Perbadanan Usahawan Zakat Perniagaan di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, semalam. |
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dzulkifli Fadzilah berkata, bagi merealisasi tujuan itu, PUNB memohon RM100 juta daripada kerajaan bagi membantu usahawan terpilih.
"PUNB menyasarkan lebih 20 jenama antarabangsa untuk dibawa masuk ke Malaysia sebaik sahaja permohonan tersebut diluluskan oleh kerajaan," katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan PUNB hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Datuk Zabidah Ismail.
Beliau berkata, tahun ini, PUNB mengunjurkan untuk menyalurkan lebih RM5 juta untuk membawa masuk jenama antarabangsa Hamleys, sebuah syarikat alat-alat permainan terkemuka di London.
Mengulas sasaran PUNB untuk mencapai 30 peratus ekuiti bumiputera dalam perniagaan, Dzulkifli berkata, PUNB merupakan antara agensi yang bertanggungjawab untuk mencapai sasaran tersebut dengan kerjasama rapat antara agensi kerajaan yang lain bagi mencapai sasaran itu.
"Untuk mencapai sasaran 30 peratus itu bukanlah satu usaha yang mudah. Kita perlukan lebih banyak lagi alternatif lain untuk mencapai sasaran itu bagi memastikan lebih banyak usahawan bumiputera berjaya.
"Sekiranya kita melihat di pasar raya utama di Malaysia seperti Pavillion, One Utama dan Mid Valley, hanya segelintir sahaja usahawan bumiputera yang membuka perniagaan di sana. Diharapkan menerusi kerjasama antara agensi, kita dapat menjayakan apa yang kita harapkan," katanya.
Sebelum ini, PUNB dalam satu kenyataan menyebut bermula Januari hingga September tahun ini, sebanyak RM163 juta pembiayaan telah disalurkan kepada 416 syarikat atau usahawan Bumiputera.
Sehingga Ogos, PUNB meluluskan pembiayaan kewangan untuk skim-skim peruncitan, pemborongan, perusahaan kecil dan sederhana, Teras dan Skim Usahawan Muda berjumlah RM1.73 bilion kepada 4,470 syarikat yang disalurkan kepada seramai 6,400 usahawan Bumiputera.
Dzulkifli juga berkata, PUNB berharap kerajaan akan terus memperkasa usahawan bumiputera melalui pembetangan Bajet 2014 tidak lama lagi. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment