Oleh SITI NOORALINA AHMAD dan MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
KUALA LUMPUR, RABU, 02 Oktober, 2013:Dua beradik yang merupakan pengusaha dua buah syarikat perikanan dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memberikan suapan wang tunai berjumlah RM220,000 bagi melepaskan tiga buah bot milik syarikat mereka yang ditahan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Choh Chaw Khiang, 41, pengarah syarikat Gabungan Mesra Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen di sini manakala abangnya, Choh Chew Boon, 46, pengurus operasi Gelombang Utama Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bahru, Kelantan.
Chaw Khiang mengaku tidak bersalah memberikan suapan wang tunai RM100,000 kepada Arman Alies kononnya untuk diberikan kepada pegawai atasan APMM Putrajaya sebagai dorongan untuk melepaskan dua bot, KNF 7820 dan KNF 7842 milik syarikatnya itu yang ditahan oleh APMM atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam tandas Restoran Melting Pot, Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail di sini pada pukul 1 pagi, 8 Jun lalu.
Bagi tuduhan kedua, Chaw Khiang didakwa memberi rasuah wang tunai RM100,000 kepada Arman bagi tujuan sama di Restoran Dine All Day Dining, Hotel Sri Petaling di sini pada pukul 4.25 petang, hari yang sama.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Nur Lokman Samingan mencadangkan jaminan RM600,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap lelaki itu.
Peguam, R. Kengadharan yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM40,000 memandangkan anak guamnya menanggung isteri warga Vietnam yang tidak bekerja serta tiga anak berusia antara lapan bulan dan tujuh tahun.
Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM150,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Sebutan kes ditetapkan pada 7 November depan.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kota Bahru, Chew Boon mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah wang tunai RM20,000 kepada pengarah operasi APMM, Kapten Wan Burhanuddin Jusoh di hadapan Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan pada pukul 4 petang, 21 Mac lalu.
Suapan tersebut didakwa sebagai dorongan melepaskan bot KNF 7840 milik syarikatnya yang ditahan APMM Daerah Tok Bali kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.
Pendakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahidah Muslimah Roslan mengikut Seksyen 17(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman yang sama.
Hakim Mohd. Yusuff Yunus membenarkan Chew Boon diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menunggu sebutan kes pada 6 November ini.
Dalam pada itu, menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh SPRM hari ini, tiga lagi individu berusia antara 20-an dan 60-an ditahan reman antara empat hingga lima hari di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Perintah tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pegawai Undang-Undang Mahkamah Majistret Putrajaya, Samsuddin Zakir.
Menurut SPRM, dua daripadanya ditahan di Kota Tinggi, Johor manakala seorang lagi di Kuantan, Pahang.
Berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, SPRM berjaya menumpaskan sindiket nelayan asing yang aktif merasuah penguat kuasa tempatan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang kerana menangkap ikan di perairan negara setelah memberkas lapan lelaki termasuk seorang warga Vietnam.
Hasil tangkapan menerusi operasi khas yang dijalankan di ibu negara, Kelantan, Pahang dan Johor itu berjaya merampas wang tunai RM1.2 juta yang digunakan sebagai bayaran rasuah sejak Mac lalu dan empat buah bot pukat ganding milik syarikat nelayan Vietnam bernilai kira-kira RM5 juta.
Pada 27 September lalu, Utusan Malaysia secara eksklusif melaporkan mengenai keluhan nelayan-nelayan tempatan yang menjadi mangsa kegiatan haram tersebut.
Laporan hasil tinjauan wartawan selama dua hari di tiga kawasan tumpuan nelayan pantai iaitu Sungai Batu, Gertak Sanggul dan Pulau Betong, Pulau Pinang menunjukkan aktiviti pencerobohan itu berlaku sehingga mengakibatkan pendapatan nelayan pantai terjejas serta merosakkan pukat mereka apabila dirempuh bot pukat tunda. - UTUSAN
![]() |
*CHOH Chaw Khiang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. |

No comments:
Post a Comment