Saturday, 5 October 2013

Seorang tentera Mesir terbunuh dalam serangan hendap

KAHERAH, SABTU, 05 Oktober, 2013: Seorang tentera Mesir terbunuh manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki ditembak oleh seorang lelaki bertopeng berhampiran bandar Ismailiya semalam.

Menurut pegawai, penyerang yang menaiki kereta tanpa nombor pendaftaran itu melepaskan tembakan ke atas kenderaan tentera, dalam serangan yang berlaku di sebatang jalan antara kawasan padang pasir Kaherah dan Ismailiya.

Ekoran daripada kejadian itu, pihak tentera bertindak menutup jalan terbabit bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang kejadian buruk. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment