Tender terbuka anjur Festival Belia Putrajaya
PUTRAJAYA, KHAMIS, 03 Oktober, 2013: Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan sistem tender terbuka untuk mana-mana syarikat mendapatkan sebarang perkhidmatan penganjuran aktiviti Festival Belia Putrajaya (FBP) tahun hadapan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak lagi akan memberikan hak penganjuran secara langsung kepada mana-mana pihak bagi mengelakkan berlaku pembaziran seperti dilaporkan Ketua Audit Negara berhubung penganjuran Hari Belia Negara (HBN) 2012 lalu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment