Friday, 4 October 2013

Tiga penuntut UMK mati lemas di Lata Tembakah

Oleh KAMARUDIN HAMZAH

BESUT, JUMAAT, 04 Oktober, 2013:Tiga penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dipercayai lemas ketika mereka sedang mandi di Air Terjun Lata Tembakah, Jertih dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Mangsa ialah Vikneswaran a/l Balakrishnan dari Sungai Petani, Kedah; Janathan a/l Umabaithy dari Taiping, Perak dan seorang lagi dikenali Manoharaj dari Negeri Sembilan, masing-masing berusia 22 tahun.

Bagaimanapun, mayat dua daripada mereka iaitu Vikneswaran dan Janathan telah dijumpai terapung berhampiran lokasi kejadian kira-kira pukul 2.30 petang tadi manakala pasukan keselamatan masih menjalankan operasi mencari seorang lagi mangsa.

Menurut rakan mangsa, N.Shankar, mangsa difahamkan tiba di lokasi perkelahan itu kira-kira pukul 10 pagi tadi bersama 18 rakan yang lain dengan menaiki empat buah kereta.

"Saya baru sahaja sampai dan dimaklumkan tentang kejadian ini dan saya diberitahu mereka mandi di tingkat tujuh air terjun ini," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment