Tuesday, 26 November 2013

Bajet 2014 negeri Perak melebihi RM1 bilion

 * DR Zambry Abd Kadir membentangkan Bajet 2014 pada Persidangan Pertama Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri yang ke-13 di Bangunan Perak, di Ipoh hari ini. - BERNAMA
IPOH, ISNIN, 25 November, 2013: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zamry Abd. Kadir hari ini membentangkan Bajet 2014 Perak berjumlah RM1.012 bilion yang merupakan yang tertinggi dan julung kalinya melebihi angka RM1 bilion pernah disediakan dalam sejarah negeri ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM673.63 juta adalah perbelanjaan mengurus manakala RM338.98 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

Zambry berkata, bajet tersebut dibiayai anggaran hasil dan terimaan pembangunan berjumlah RM970.14 juta, justeru menyebabkan defisit dianggarkan berjumlah RM42.46 juta.

Namun, menurut beliau, sejak 2009, kerajaan negeri menyediakan bajet defisit tetapi berakhir dengan lebihan pada setiap tahun kecuali pada 2013 yang belum ditutup kira akaunnya.

"Hakikat ini harus dijadikan sandaran bahawa sekalipun bajet defisit yang disediakan, tidak semestinya berkesudahan dengan defisit sebenar pada penghujung 2014 kelak," katanya semasa membentangkan Bajet 2014 Perak di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment