My Add

Wednesday, 27 November 2013

Karpal cuba wujud 'Dinasti Singh' - Ramanan

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN

KUALA LUMPUR, 25 NovEMBER, 2013: Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyeru masyarakat India terus menyokong anaknya, Jagdeep Singh Deo dilihat sebagai percubaan mewujudkan 'Dinasti Singh' dalam DAP.

Timbalan Ketua Pemuda MIC Bukit Bintang, Datuk R. Ramanan berkata, sebagai pemimpin tertinggi dalam parti itu, Karpal tidak sewajarnya membuat gesaan sedemikian apatah lagi dalam majlis meraikan sambutan Deepavali. isnin,

"Apakah beliau tidak mempunyai platform lain untuk berkempen bagi anaknya. Kenapa memilih majlis sambutan Dee pavali yang dianggap sangat bermakna untuk masyarakat India? Tindakan itu jelas tidak menghormati budaya kaum India," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan Karpal ketika berucap dalam rumah terbuka Deepavali anjuran sebuah pusat perkhidmatan DAP di Pulau Pinang menggesa anaknya, Jagdeep Singh Deo yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat diberi sokongan sehingga beliau berumur 80 tahun.

Dalam pada itu, Ramanan turut mempertikai kenyataan Karpal yang meminta Pas tidak melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Karpal tidak sepatutnya mencampuri dasar yang mahu dilaksanakan Pas sebaliknya memberi tumpuan menyelesaikan masalah dalaman partinya sendiri terlebih dahulu.

"Apa yang Karpal tahu mengenai hudud? Perlembagaan parti sendiri pun dia tidak tahu. Kenyataan Kar pal itu jika dibiarkan berterusan boleh mencetuskan keadaan huru-hara dalam kalangan masyarakat sekali gus menggugat keharmonian di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, menurut Ramanan, Karpal sepatutnya menimbang keputusan untuk bersara daripada politik kerana kebanyakan kenyataan beliau dilihat hanya mengundang kepada masalah antara kaum dan agama. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment