Tuesday, 26 November 2013

Kerajaan Mesir potong subsidi minyak bermula 2014

KAHERAH, ISNIN, 25 November, 2013: Kerajaan sementara Mesir akan memotong subsidi minyak dalam tempoh terdekat sebelum melepaskan pentadbiran pada tahun depan, kata Perdana Menteri, Hazem al-Beblawi.

Kerajaan Mesir sebelum ini tidak melaksanakan pemotongan subsidi berkenaan bagi mengekang kos tanggungan program subsidi minyak yang tinggi ekoran bimbang berlakunya rusuhan.

Namun Hazem berkata, langkah itu yang bermula tahun depan terpaksa diambil ekoran tanggungan subsidi yang tidak mapan dan semakin meningkat.

"Saya berharap kerajaan yang dipilih selepas ini akan mempunyai program subsidi untuk tempoh lima atau tujuh tahun serta melaksanakan fasa pertama.

"Fasa yang dilakukan kerajaan sementara merupakan langkah sederhana dan boleh diterima," katanya. - AFP/UGTUSAN 

No comments:

Post a Comment