![]() |
* SEORANG penduduk yang menyebelahi tentera Libya, melepaskan tembakan ke arah anggota kumpulan militan Ansar al-Sharia semasa satu pertempuran di Ras Obeida, Benghazi, semalam. - REUTERS |
Menteri Dalam Negeri, Seddik Abdelkarim berkata, angka tersebut meningkat berbanding laporan awal pasukan perubatan yang mendakwa lima askar maut dan 29 orang awam cedera dalam kejadian itu.
Agensi berita tempatan, LANA melaporkan, tentera Libya menguatkuasakan perintah kecemasan di bandar terbabit dan mengarahkan semua askar melapor diri untuk menggempur kumpulan militan Ansar al-Sharia.
Menurut laporan itu, kumpulan militan menyerang pangkalan tentera khas Libya yang sedang berkawal ibu pejabat unit terbabit.
"Pertempuran berlaku selama beberapa jam antara kedua-dua pihak yang kedengaran di beberapa daerah, namun angka kematian anggota militan masih belum dapat dipastikan," jelas laporan berkenaan.
Saksi kejadian berkata, kumpulan Ansar al-Sharia turut membuat sekatan jalan raya bagi menghalang bantuan tentera kerajaan dihulurkan.
Kumpulan militan berkenaan mula wujud selepas kejatuhan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi pada 2011, dan merupakan sayap tentera bekas kumpulan pemberontak.
Militan Ansar al-Sharia turut dikaitkan dengan pembunuhan duta Amerika Syarikat (AS) di Libya, Christopher Stevens pada tahun lalu, namun mereka menafikan dakwaan terbabit. - DPA/AFP/UTUSAN

No comments:
Post a Comment