ua pengawal peribadi terbunuh serangan bom di Pakistan
MIRANSHAH, Pakistan, ISNIN, 25 November, 2013:Sekurang-kurangnya dua orang pengawal peribadi terbunuh manakala lima orang lagi cedera selepas satu konvoi kenderaan diserang dengan menggunakan bom di barat laut Pakistan semalam.
Serangan tersebut berlaku di kawasan Mir Ali, bandar Miranshah, utara kawasan suku kaum Waziristan yang mempunyai hubungan dengan pergerakan Al-Qaeda dan Taliban.
"Dua pegawai keselamatan terbunuh dan lima yang lain mengalami kecederaan dalam letupan itu," kata pegawai keselamatan kepada AFP, sambil menambah konvoi kenderaan tentera kemudiannya melalui kawasan tersebut selepas kejadian itu. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment