My Add

Wednesday, 25 December 2013

75 mayat tentera ditemui di dalam kubur besar di Bentiu, Sudan

GENEVA, RABU, 25 Disember, 2013: Sebuah kubur besar yang mengandungi kira-kira 75 mayat ditemui di Bentiu, Sudan Selatan, manakala dua lagi kubur besar dilaporkan ditemui di Juba, selepas keganasan etnik yang tercetus di negara itu baru-baru ini.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hak Asasi Manusia, Ravina Shamdasani berkata semalam, 75 mayat itu dipercayai anggota Tentera Pembebasan Rakyat Sudan.

"Mereka yang dikebumikan di kubur besar itu dilaporkan terdiri daripada etnik Dinka dan identiti kesemua mayat itu telah dikenal pasti," katanya. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment