Tuesday, 24 December 2013

Dividen ASN 6.45 sen, tertinggi dalam tempoh 13 tahun

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Disember, 2013: Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.45 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Berlaku peningkatan sebanyak 0.15 sen seunit berbanding agihan pendapatan pada tahun lalu iaitu 6.30 sen seunit.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar agihan pendapatan ini adalah yang tertinggi bagi tempoh 13 tahun sejak 2001 dengan anggaran pendapatan 5.00 sen seunit sehingga 6.30 sen seunit.

Katanya, peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM100.27 juta sebagai pembayaran agihan pendapatan tahun ini.

"Pembayaran ini akan memberi manfaat kepada 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.55 bilion unit ASN,’’ jelasnya.

Yang turut hadir pada majlis ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment