My Add

Tuesday, 17 December 2013

Edar pil kuda, penganggur berdepan hukuman mati

KOTA BHARU, SELASA, 17 Disember, 2013: Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar pil kuda seberat enam kilogram di Kampung Lundang di sini, pada awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Fazelan Md. Khuzeh, 26, ketika dihadapkan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad hari ini.

Mohd. Fazelan didakwa mengedar pil kuda itu pada pukul 10 malam, 5 Disember lalu.

Dia yang berasal dari Tumpat, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 9 Januari depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment