My Add

Sunday, 22 December 2013

Jamil Khir sokong cadangan Mukhriz

PUTRAJAYA, SABTU, 21 Diember, 2013: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong cadangan kerajaan negeri Kedah untuk menyerap masuk guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru takmir negeri itu sebagai guru tetap.

Beliau berkata, bagaimanapun, cadangan tersebut perlu merujuk dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu.

"Kita akan tengok dan teliti bersama, kita sokong cadangan kerajaan negeri itu tetapi keputusan akhir terletak pada JPA.

"Sekarang ini di seluruh negara terdapat seramai 34,000 guru KAFA dan 40 peratus daripadanya sudah bekerja di sekolah agama pada sesi pagi," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan musibah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada masjid, surau dan sekolah agama Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu di sini, semalam.

Jamil Khir mengulas cadangan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir kelmarin yang mahu menyerap lebih 2,000 guru KAFA di negeri itu sebagai guru tetap supaya kebajikan mereka terjamin dan terjaga.

Menurut Jamil Khir, masalah yang timbul daripada cadangan tersebut adalah apabila terdapat guru yang mengajar di sekolah agama dan kemudian mendapat gaji tambahan sebagai tenaga pengajar KAFA. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment