Jangan naikkan harga barang di kawasan banjir - KPDNKK
PEKAN, SELASA, 24 Disember, 2013: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengingatkan peniaga agar tidak menaikkan harga barangan keperluan asas di kawasan terjejas banjir.
Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang berbuat demikian.
"Pihak kementerian akan memantau secara berterusan bagi memastikan tiada pihak mengaut keuntungan di atas kesukaran penduduk yang terbabit dalam banjir.
"Kita di kementerian juga bertanggungjawab memastikan bekalan barangan keperluan ini mencukupi.
"Kita juga menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembelian panik hingga menjejaskan bekalan barangan keperluan di pasaran," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir pada Program Sayang Pengguna anjuran kementeriannya di Kampung Ubai, dekat sini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment