My Add

Sunday, 22 December 2013

Kenya hantar tentera bantu penduduk Sudan Selatan

NAIROBI, AHAD, 22 Disember, 2013: Kenya akan menghantar tentera ke kawasan bergolak di Sudan Selatan bagi memindahkan kira-kira 1,600 orang awam yang terperangkap dalam keganasan yang berlaku di bandar Bor.

Presiden Uhuru Kenyatta telah mengarahkan Tentera Pertahanan Kenya supaya memindahkan penduduk yang terkandas dengan segera, kata jurucakap Presiden, Manoah Esipisu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Pergelutan antara tentera Presiden Salva Kiir dan bekas Timbalan Presiden, Riek Machar berlaku sejak Ahad lalu dan dijangka merebak ke beberapa wilayah lain. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment