Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
![]() |
*NAJIB Tun Razak menyerahkan replika cek sebagai simbolik penyerahan bantuan khas berjumlah RM10 juta untuk mangsa banjir negeri Pahang kepada Adnan Yaakob dalam Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Penghargaan Kepada Sukarelawan Peringkat Nasional di Masjid Abu Bakar, Temerloh, semalam. Turut kelihatan, Shahidan Kassim (dua dari kanan) dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (kiri). - utusan/MAHATHIR ALI |
Perdana Menteri berkata, biarpun kerajaan Pusat telah meluluskan bantuan khas RM500 kepada setiap mangsa banjir, namun jumlah itu sudah tentu tidak memadai dengan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung setiap mangsa.
"Saya sudah lihat keadaan di Sungai Isap (Kuantan) yang mana rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung sampai tiga hari, saya dapat gambarkan jumlah kerugian setiap keluarga tentulah tidak terhad RM1,000 atau RM2,000 tetapi mencecah RM25,000 ke RM30,000.
"Oleh itu, bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu perlu kita tokok tambah lagi, kita mesti cari daripada punca-punca tambahan walaupun kerajaan sendiri boleh untuk menambahnya, tetapi hari ini Alhamdulillah, kita dapat adalah program khas yang disumbangkan melalui KP1M," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Peringkat Nasional dan Penghargaan Kepada Sukarelawan di Masjid Abu Bakar di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengerusi KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan barisan exco kerajaan negeri.
Bantuan tambahan yang disumbangkan KP1M adalah 29,921 tilam, bantal (59,842) manakala dapur 29,921.
Daripada jumlah itu, Pahang merupakan penerima bantuan terbanyak iaitu 17,054 tilam, 34,108 bantal dan 17,054 dapur.
Selain itu, Pahang turut menerima sumbangan daripada Tabung Haji (TH) berupa kain pelikat, kain batik, kain tudung, kain telekung dan sejadah.
Bagi negeri lain, Terengganu menerima bantuan tilam sebanyak (9,016), bantal (18,033) dan dapur (9,016) manakala Johor menerima tilam (2,659), bantal (5,318) dan dapur sebanyak 2,659.
Sementara itu, Kelantan menerima tilam sebanyak 1,165, bantal (2,330) dan dapur (1,165) manakala Melaka menerima 27 (tilam), 54 (bantal) dan 27 dapur. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment