![]() |
| Ratu Atut |
Menurut Pengerusi KPK, Abraham Samad, Ratu Atut didakwa terlibat dalam dua kes rasuah termasuk melibatkan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Akil Mochtar, 52, yang telah pun ditahan.
"Saya dengan ini mengesahkan bahawa Gabenor Banten merupakan suspek kes rasuah melibatkan penipuan undi dan kes Akil.
"Beliau turut disiasat dalam satu kes melibatkan pembekalan peralatan perubatan di Banten," katanya.
Jurucakap bagi keluarga Ratu Atut, Nur Ikhsan berkata, keluarganya terkejut dan kesal dengan berita tersebut.
"Beliau memberikan kerjasama penuh kepada siasatan KPK dan saya pasti beliau tidak terlibat dalam sebarang salah laku rasuah," katanya menerusi teks mesej.
Ratu Atut merupakan Gabenor wanita pertama dan pemimpin terkenal dalam Parti Golkar.
Beberapa pemimpin utama republik ini tahun ini ditahan KPK berhubung jenayah rasuah antaranya seorang bekas menteri sukan dan pembantu Presiden sendiri.
Sehingga kini, seramai 539 pemimpin wilayah disiasat oleh KPK kerana terlibat dengan rasuah. - REUTERS/UTUSAN

No comments:
Post a Comment