My Add

Wednesday, 25 December 2013

Lima wartawan Iraq maut ibu pejabat dibom

TIKRIT, SELASA, 24 Disember, 2013: Sebuah ibu pejabat stesen televisyen tempatan di utara Baghdad di sini diserang empat pengebom berani yang membunuh seramai lima wartawan dengan lima pekerja yang lain cedera.

Menurut polis, serangan di stesen televisyen Salaheddin itu mengorbankan ketua pengarang berita stesen tersebut, seorang penyunting pengarang, penerbit, penyampai dan pengurus arkib.

Dua daripada pengebom berani mati itu meletupkan diri mereka dan pengawal keselamatan membunuh dua penyerang yang lain ketika mereka menyerbu premis tersebut. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment