MCA perlu kerja keras untuk kekal relevan
KUALA LUMPUR, SABTU, 21 Disember, 2013: Masa depan dan hala tuju MCA bergantung sepenuhnya kepada pengorbanan, perpaduan, kesetiaan dan kerja keras daripada setiap ahli parti bagi memastikan parti itu kekal relevan.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, parti itu perlu melalui banyak perubahan terutama dalam menyusun semula organisasinya selari dengan proses transformasi sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Masa depan parti hanya bergantung kepada setiap pemimpin dan anggota parti, kita perlu berubah demi memastikan kita terus kekal relevan. Kita perlu bersatu padu dan berkorban demi parti jika mahu kejayaan pada pilihan raya nanti.
"Parti pembangkang boleh berkata apa sahaja, boleh melaungkan segala macam slogan demokrasi tetapi tidak berpegang kepadanya. MCA telah banyak melakukan pengorbanan kepada masyarakat selama ini, kita perlu kekal relevan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-60 di Wisma MCA di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment