NEF banyak beri manfaat
KUALA LUMPUR, SABTU, 21 Disember, 2013: Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) bagi memperkasakan pembangunan usahawan teknologi bumiputera di negara ini.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lebih 500 individu, 1,000 syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta 1,288 syarikat kecil sederhana telah mendapat manfaat daripada program yang dijalankan persatuan tersebut.
Jelasnya, antara program itu adalah Program Bumiputera Demand Aggregation, Go Global, Direktori Usahawan ICT, dan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat.
NEF telah mengenal pasti kehendak para usahawan dalam industri serta menyokong aspirasi kerajaan dengan merapatkan jurang di samping membina jambatan melalui pelbagai inisiatif supaya faedah dan keuntungan dapat disalurkan kepada usahawan dengan lebih efektif.
Justeru, harapan saya semoga program-program tersebut dapat diteruskan serta diperluaskan ke seluruh negara supaya lebih ramai usahawan dan syarikat akan mendapat faedah daripada inisiatif ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi merasmikan Majlis Anugerah ICT NEF-Awani yang mengiktiraf serta meraikan penglibatan dan kejayaan usahawan ICT negara di sini malam tadi. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment