![]() |
| * KIRI Ridhwan Saad, Abdul Latip Ahmad, Shayril Anuar |
Kegiatan yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki dipercayai warga asing dan rakyat tempatan itu dikatakan aktif melakukan secara terbuka tanpa mengambil kira sasaran mereka itu merupakan orang Melayu dan Islam.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ridhwan Saad, 23, berkata, kegiatan tersebut adalah satu tindakan yang sengaja menyebabkan rasa tidak selesa dalam kalangan umat Islam dan ternyata bercanggah dengan undang-undang negara.
Tindakan menyampaikan dakyah kepada orang ramai adalah satu cara yang biadab dan mereka juga tahu sasaran mereka ialah orang Melayu yang semestinya beragama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas tindakan kumpulan lelaki dan wanita yang dikenal pasti cuba menyebarkan dakyah agama bukan Islam kepada orang Islam di sekitar Shah Alam baru-baru ini, katanya, perkara itu merupakan satu isu besar kerana melibatkan akidah umat Islam dan harus diambil tindakan yang serius oleh pihak berkuasa.
Kakitangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Abdul Latip Ahmad, 60, pula berkata, pihak berkuasa perlu menyekat aktiviti kumpulan yang dikenal pasti menyebarkan ajaran berkenaan dalam kalangan umat Islam di bandar raya ini.
Dalam pada itu, seorang pekerja swasta, Shayril Anuar Jamaluddin, 27, berkata, pihaknya menyedari perkara seperti itu bukan isu baharu sebaliknya pernah terjadi sebelum ini.
Katanya, sebelum ini seorang rakannya cuba ditawarkan wang oleh sebuah kumpulan untuk ke gereja bagi mendengar penerangan mengenai agama tersebut.
Isu ini merupakan perkara besar melibatkan akidah umat Islam. Kita harap remaja yang didekati kumpulan terbabit tidak terpedaya sebaliknya perlu berpegang teguh pada ajaran Islam.
Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas dan memantau kegiatan seperti itu bagi mengelakkan umat Islam terutama remaja daripada terjebak dengan dakyah tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment