Wednesday, 25 December 2013

Palestin tidak lanjutkan rundingan dengan IsraelRAMALLAH, SELASA, 24 Disember, 2013: Pemimpin Palestin semalam menolak kemungkinan untuk melanjutkan rundingan damai dengan Israel melebihi tempoh waktu sembilan bulan seperti mana yang ditetapkan.

"Kami menolak sebarang lanjutan," kata ketua perunding Palestin, Saeb Erakat, semalam sambil menjelaskan kenyataannya berhubung perkara itu sebelum ini telah disalah tafsir.

"Saya hanya berkata sekiranya kami mencapai satu persetujuan tentang kesemua status isu-isu terakhir itu, kami sedia untuk meneruskan perbincangan tentang butiran perkara tersebut," kata Saeb lagi. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment