Sunday, 22 December 2013

Perlu dedah bukti

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

KUALA LUMPUR, SABTU,  21 Disember, 2013: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli diminta mengemukakan bukti terhadap dakwaannya berhubung penjualan dan pembelian aset negara berjumlah RM5.6 bilion seperti yang dipetik dalam portal berita Free Malaysia Today.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dibuat di portal berita Free Malaysia Today itu boleh dianggap sebagai satu pembohongan kepada rakyat sekiranya beliau gagal mendedahkan perkara itu menerusi satu sidang akhbar khas.

Berikut kenyataan penuh Azwanddin:

l Rafizi telah bohong rakyat dengan mengatakan bahawa kerajaan telah menjual aset negara bernilai RM5.6 bilion. Maka kita mahu Rafizi memberi nama-nama siapakah pembeli aset negara yang bernilai RM5.6 bilion ini.

l Rafizi juga mengatakan bahawa penjualan aset negara adalah untuk menampung pembaziran oleh kerajaan. Kita mahu Rafizi senaraikan semua pembaziran kerajaan yang berjumlah RM5.6 bilion.

l Kita mendesak supaya buat sidang akhbar untuk menjawab mengenai empat perkara iaitu senarai penuh penjualan dan pembeli aset negara bernilai RM5.6 bilion, senarai penuh pembaziran kerajaan RM5.6 bilion, peraduan Anak-Anak Ikan di Pandan pada 2014 dan juga mengenai Isu tukar nama Comango kepada Comangay. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment