My Add

Monday, 23 December 2013

Polis sahkan mikrocip yang hilang bernilai RM5 juta

PULAU PINANG, AHAD, 22 Disember, 2013: Polis mengesahkan 22 kotak mikrocip yang hilang selepas lori yang memuatkan bahan untuk kegunaan unit pemprosesan komputer (CPU) itu dilarikan penjenayah di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas di sini malam kelmarin, bernilai RM5 juta.

Bagaimanapun 10 daripada 22 kotak mikrocip itu ditemui semula apabila lori yang dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) itu berjaya dikesan tidak jauh dari lokasi dilarikan kira-kira tiga jam kemudian.

Nilai 10 kotak mikrocip yang masih hilang dianggarkan RM2 juta.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, pihaknya yang melakukan siasatan kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek sekali gus mendapatkan semula mikrocip yang hilang.

Beliau berkata, siasatan awal yang dilakukan tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut turut melibatkan 'orang dalam' dan pihaknya percaya mereka telah meloloskan diri dari negeri ini.

"Kita telah mengesan kenderaan digunakan suspek terlibat untuk meloloskan diri dan polis Pulau Pinang akan mendapatkan kerjasama kontinjen polis di negeri-negeri lain bagi membantu memburu kesemua dalang yang terlibat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment