![]() |
| * NAJIB Tun Razak diberi penerangan oleh Alejandro Agag (tengah) mengenai kereta lumba elektrik yang akan digunakan dalam Kejohanan FIA Formula E pada majlis perasmian kejohanan tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. |
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penganjuran kejohanan itu selari dengan komitmen Malaysia yang mahu menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan kereta elektrik.
Menurutnya, beliau percaya kereta elektrik yang lebih mesra alam merupakan cara pengangkutan untuk masa depan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil.
Kita bergantung kepada enjin pembakaran untuk lebih 100 tahun selain menggunakan minyak fosil bagi memandu ekonomi dunia.
Kita berjaya meningkatkan kekayaan global tetapi dengan kos tertentu iaitu pelepasan karbon yang membawa perubahan cuaca, seterusnya kemusnahan kepada semua tempat di dunia.
Kita perlukan perubahan dengan mengurangkan pelepasan karbon di mana jalan penyelesaiannya ialah kereta elektrik, kereta ini akan menjadi popular jika soal berkenaan bateri dapat diatasi untuk memberi ketahanan lebih panjang," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam majlis pemeteraian perjanjian penganjuran Formula E yang disempurnakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat; Ketua Pegawai Eksekutif Formula E Holdings, Alejandro Agag dan Pengerusi Formula E Malaysia, Datuk Seri Johann Young di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Putrajaya akan menjadi tuan rumah siri kejohanan tersebut bersama sembilan bandar lain iaitu Beijing, China; Rio de Janeiro, Brazil; Punta Del Este, Uruguay; Buenos Aires, Argentina; Los Angeles dan Miami di Amerika Syarikat; Monte Carlo, Monaco; Berlin, Jerman dan London, United Kingdom.
Putrajaya dijadualkan menganjurkan perlumbaan pusingan kedua pada 18 Oktober 2014 selepas Beijing membuka tirai kejohanan pada 13 September.
Dengan menggunakan kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya, setiap kereta dalam pertandingan itu mampu mencapai kelajuan melebihi 225 kilometer sejam.
Menariknya, perlumbaan itu akan dijalankan di dalam bandar dan bukannya di litar, kejohanan berprestij itu turut mendapat sokongan jenama-jenama yang tidak asing dalam sukan lumba kereta seperti Michelin, Williams, McLaren, Renault, Audi, Virgin dan Tag Heuer. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment