My Add

Thursday, 19 December 2013

Seniwati Azean Irdawaty selamat dikebumikan

Oleh GARRET DAWUM
 * PELAKON Khairil Benjamin tidak dapat menahan kesedihan ketika menyiram air mawar ke pusara ibunya, Allayarhamah Azean Irdawaty yang meninggal dunia akibat kanser sambil diperhatikan oleh ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR
KUALA LUMPUR, RABU, 18 Disember, 2013: Jenazah seniwati, Azean Irdawaty Yuseof, 63, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada pukul 12 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Kayu Ara kira-kira pukul 11 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan tersebut untuk dikebumikan.

Antara rakan artis yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah pelakon, Ellie Suriaty, Ako Mustapha, Melissa Saila, Sasha Saidin, Norlia Ghani, Normala Omar, Zulkifli Zain dan Fatimah Abu Bakar.

Pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pertama itu menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suami, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, 63, dan anak-anak pada pukul 8.25 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment