![]() |
* PEMANDANGAN pembangunan di Iskandar Malaysia di Johor Bahru. Pembangunan pesat negara dalam pelbagai sektor mendorong pengenalan pelbagai bon termasuk sukuk bagi meningkatkan jumlah dana di pasaran. - GAMBAR HIASAN |
Menurut CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB) dan AmInvestment Bank Bhd. yang dilaporkan oleh Bloomberg, jangkaan jualan itu itu disokong oleh keputusan akhir Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai pembelian bon sekali gus meleraikan ketidaktentuan di kalangan penerbit sukuk.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Bhd., Badlisyah Abdul Ghani berkata, pihaknya mempunyai 15 hingga 20 transaksi sukuk tersimpan yang mahu diterbitkan dengan nilai mencecah RM10 bilion.
Tambahnya menerusi perbualan telefon, langkah pemotongan pembelian bon oleh AS tidak akan menjejaskan pasaran memandangkan pemain industri telah menjangkakan hal itu akan berlaku.
Badlisyah juga berkata, pasaran sukuk akan memperlihatkan prestasi positif pada 2014, dengan unjuran terbitan baharu bernilai sehingga AS$48 bilion (RM153.6 bilion), diterajui oleh Malaysia dan Arab Saudi.
"Perkembangan-perkembangan baharu dari United Kingdom, Hong Kong serta satu atau dua negara lain di Afrika Utara berkemungkinan menambah kemeriahan dalam pasaran tahun depan...Momentum ini akan berterusan," katanya kepada Bernama.
CIMB merupakan pengatur penerbitan sukuk terbesar tempatan tahun ini dengan nilai yang diuruskan berjumlah RM13 bilion.
Jumlah keseluruhan penerbitan Sukuk tempatan bagi 2013 berjumlah RM44.9 bilion, iaitu penurunan 53 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pada 2012, syarikat-syarikat Malaysia menjual RM95.8 bilion nilai sukuk iaitu peningkatan RM45 bilion berbanding tahun sebelumnya, dipacu oleh tawaran oleh pengendali lebuh raya bertol, PLUS Bhd. bernilai RM31 bilion.
Dalam Laporan Ekonomi 2013/2014 yang dikeluarkan pada Oktober, Kementerian Kewangan berkata, Malaysia terus menjadi peneraju dunia dalam pasaran sukuk, dengan menguasai 70.5 peratus daripada AS$75 bilion nilai sukuk baharu yang diterbitkan di peringkat global dalam 10 bulan pertama tahun ini.
Sementara itu, Ketua Bahagian Pasaran Islam AmInvestment, Mohd. Effendi Abdullah berkata, keperluan terhadap penerbitan sukuk dalam kalangan sektor korporat dijangka terus rancak memandangkan faedah ke atas bon ketika ini masih rendah berbanding faedah pinjaman biasa.
Sebelum ini, sektor penerbitan bon dan sukuk berhadapan risiko tinggi ekoran Bank Pusat AS mengumumkan pemotongan dana pembelian bon sebanyak AS$10 bilion (RM32 bilion) bermula Januari depan. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment