![]() |
Ketua Jabatan Siasatan Khas (DSI), Tarit Pengdit berkata, pihaknya akan mendapatkan kebenaran Mahkamah Jenayah untuk menahan 38 individu tersebut jika mereka gagal berbuat demikian.
"Waran tangkap ke atas Suthep sebenarnya telah pun dikeluarkan. Baki lagi 37 pengikutnya juga bakal berdepan nasib sama," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Tarit berkata, kumpulan pertama terdiri daripada 17 pengikut Suthep itu perlu hadir ke DSI pada Khamis dan Jumaat ini, sementara bakinya pada 2 dan 3 Januari depan.
Suthep bersama pengikutnya didakwa mengugut untuk menyingkirkan kerajaan, menghasut orang ramai melanggar undang-undang dan mencetuskan huru-hara serta menghina wakil negara-negara asing.
Terdahulu, tindakan penunjuk perasaan untuk menghalang proses pendaftaran calon pilihan raya umum Thailand di Stadium Thai-Jepun di Dan Daeng di sini, tidak mendapat sambutan menyebabkan kumpulan penunjuk perasaan terpaksa bersurai. - AGENSI/UTUSAN

No comments:
Post a Comment