Tuesday, 17 December 2013

Tiada cubaan Abu Sayyaf, MNLF ceroboh Sabah

LAHAD DATU, SELASA, 17 Disember, 2013: Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, setakat ini tiada cubaan anggota kumpulan Abu Sayyaf atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai timur Sabah.

Beliau berkata, keadaan keselamatan di kawasan itu yang dikenali sebagai Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) adalah terkawal dan terjamin.

Zon tersebut merangkumi 10 daerah meliputi jarak 1,733.7 kilometer dari Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Sehubungan itu, Mohammad meminta orang ramai, bertenang dan tidak sesekali percaya kepada khabar angin yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Berdasarkan risikan yang diperoleh Esscom, setakat ini tiada cubaan untuk menceroboh masuk oleh kumpulan Abu Sayyaf atau MNLF seperti didakwa. Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak berasas termasuk melalui media sosial," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment