UMNO angkat mahasiswa sebagai pemimpin - Shabery
KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Disember, 2013: UMNO mengangkat mahasiswa sebagai bakal pemimpin negara, bukan seperti parti politik tertentu yang mengambil kesempatan terhadap golongan itu untuk tujuan tidak elok.
Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, parti itu juga menyediakan ruang yang lebih besar untuk mahasiswa berpolitik.
Ahmad Shabery yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, UMNO tidak menggunakan mahasiswa sebagaimana dilakukan oleh pihak pembangkang yang menggesa golongan itu menyertai demonstrasi di jalan raya.
"UMNO mengiktiraf mahasiswa. Golongan ini merupakan salah satu daripada komponen dalam persidangan Perhimpunan Agung UMNO kali ini.
"Kami mahu mereka fikir apa yang wajar serta boleh dilakukan untuk mereka. UMNO bukan seperti pembangkang yang menggunakan mahasiswa untuk berdemonstrasi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pembukaan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment