My Add

Friday, 17 January 2014

2 gadis Thailand maut, majikan parah kemalangan di Dungun

DUNGUN,  JUMAAT,17 Januari, 2014: Dua gadis Thailand terbunuh manakala sepasang suami isteri yang juga majikan mereka cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 94 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata Aumiyah Tohmasea, 15, maut di tempat kejadian setelah parah pada bahagian kepalanya manakala Padeelah Buenae, 21, pula meninggal dunia pada 12.30 tengah hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Faison Ibrahim, 45, yang memandu kereta itu dan isterinya Yameelah Mat, 30, yang turut parah, dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan.

Anak lelaki mereka yang berusia dua tahun tidak cedera, katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya kejadian kira-kira 6 pagi itu berlaku ketika dua warga Thailand itu dan keluarga majikan mereka dalam perjalanan untuk bersarapan di Paka.

“Kereta Honda Accord yang dipandu Faison dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu sebelum terbalik," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment