My Add

Wednesday, 15 January 2014

2 wira Lahad Datu terima Anugerah Maulidur Rasul Selangor

SHAH ALAM, SELASA, 14 Januari, 2014: Dua wira yang terkorban ketika mempertahankan negara dalam serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah tahun lepas, menerima anugerah khas sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor hari ini.

Dua anak kelahiran Selangor itu ialah Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam dan Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran dari Rantau Panjang, Klang.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat ke majlis itu menyampaikan anugerah berkenaan kepada balu Sabaruddin, Nurul Nisa Abu Bakar, 42, dan bapa Mohd Azrul, Tukiran Ahmad, 66.

Ia berupa wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, piala iringan dan

sepersalinan pakaian.

Ditemui wartawan selepas majlis itu di sini, Nurul Nisa mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana masih mengingati pengorbanan Allahyarham suaminya walaupun hampir setahun berlalu sejak peristiwa itu.

"Kakak akan tunjukkan kepada anak-anak anugerah ini bahawa ayah mereka berkorban untuk negara, ayah mereka adalah wira," kata wanita itu.

Sambil berkata perasaan sedih, terharu dan bangga bercampur baur semasa menerima anugerah itu, Tukiran merasakan tragedi yang menimpa arwah anaknya masih segar di ingatan.

Katanya, pengorbanan Mohd Azrul wajar menjadi teladan kepada anak-anak yang bersekolah supaya melakukan perkara yang berfaedah. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment