My Add

Saturday, 18 January 2014

87 GRO warga Thailand ditahan

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
 
 * SEBAHAGIAN daripada 87 wanita warga Thailand yang bekerja sebagai GRO ditahan di pusat hiburan dekat Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 17 Januari, 2014: Sebuah pusat hiburan berkonsepkan ala Hat Yai di Jalan Klang Lama di sini, yang menggunakan hampir 100 gadis seksi warga Thailand sebagai tarikan utamanya diserbu polis awal pagi ini.

Lebih mengejutkan premis yang baru dua bulan beroperasi itu turut menyediakan pentas untuk gadis pelayan pelanggan (GRO) memperagakan tubuh dan kecantikan sebelum ditempah pelanggan.

Siasatan juga mendapati premis yang dapat memuatkan 1,000 pelanggan pada satu masa itu dibina di sebalik sebuah gudang dan permainan snuker bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ketua Unit Maksiat, Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Supritendan Sharulnizam Jaafar berkata, dalam serbuan pukul 1.10 pagi itu, seramai 87 wanita warga Thailand ditahan kerana berkhidmat sebagai GRO.

"Dalam serbuan ini hanya GRO warga Thailand yang ditemui. Kita percaya kebanyakan warga China telah pulang ke negara mereka bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

"Premis ini juga dikesan baru sahaja beroperasi secara haram. Kita dapati pusat hiburan itu berselindung di sebuah pusat sukan snuker selain jalan masuknya yang sempit serta tersorok," katanya ketika ditemui dalam serbuan itu.

Sharulnizam memberitahu, setiap GRO yang mahu ditempah dianggarkan antara RM50 bagi setiap kalungan bunga, mahkota (RM300), selempang (RM500) dan jubah (RM1,000).

Katanya, polis juga percaya GRO berkenaan boleh ditempah bagi perkhidmatan seks dan tiada unsur pemerdagangan manusia ditemui dalam serbuan itu.

"Ketika serbuan, seramai 150 pelanggan berada di dalam premis terbabit. Seramai tujuh pekerja termasuk seorang warga tempatan ditahan.

"Kami juga merampas peralatan muzik serta speaker bersama wang tunai berjumlah RM7,212 hasil perniagaan premis itu," katanya yang memberitahu kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment