Ahad minggu pertama hari berbasikal di Ibu Negara
KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Januari, 2013: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjadikan Ahad minggu pertama setiap bulan sebagai hari berbasikal di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah itu selaras dengan sasaran ibu negara sebagai kota yang mementingkan alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di dalam bandar.
"Kami akan terus memberikan perhatian untuk menarik minat setiap lapisan masyarakat untuk berbasikal kerana ia satu aktiviti yang sihat di samping menggalakkan rakyat menjadikan berbasikal satu daripada pengangkutan di bandar ini," katanya kepada pemberita selepas menyertai aktiviti berbasikal sempena program Green Car Free Morning di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Phesal menyertai aktiviti berbasikal bersama hampir 2,000 peserta berkayuh mengelilingi kawasan sekitar ibu negara sejauh enam kilometer seawal jam 7.30 pagi. - Bernama
No comments:
Post a Comment