My Add

Saturday, 4 January 2014

Cadangan pindaan berbahaya

KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Januari, 2013: Cadangan puak-puak tertentu untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 disifatkan amat berbahaya kerana bakal memberi implikasi terburuk kepada negara, sekali gus membawa perselisihan antara agama.

Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, walau bagaimanapun, mereka `dialu-alukan' untuk berbuat demikian agar rakyat beragama Islam boleh menilai sendiri pendirian kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai pakatan pembangkang.

Beliau turut mempersoalkan apakah asas kepada pindaan itu sedangkan enakmen berkenaan tidak terpesong daripada Perlembagaan Persekutuan, mendapat perkenan raja-raja Melayu yang memayungi agama Islam, selain disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment